-
PELANCONGAN MUSLIM - CHIANG MAI - CHIANG RAI - MAE SAI
.
NAMA PAKEJ : PAKEJ LAWATAN MUSLIM 2023 & 2024
NAMA NEGARA LAWATAN : THAILAND
TEMPAT/BANDAR LAWATAN : BANDARAYA CHIANG MAI, BANDAR CHIANG RAI, BANDAR MAE SAI, TAMAN BUNGA DIRAJA DOI TUNG, TAMAN BUNGA DIRAJA RAJAPRUET, LADANG TEH CHOUI FONG, NAIK BOT DI SUNGAI MEKONG MERENTAS 3 NEGARA (LAOS, MYANMAR, THAILAND), PERKAMPONGAN PUAK KAREN LEHER PANJANG, HOTSPRINT MAE KRAJANG, LADANG TANAMAN LIMAU THANATHON ORCHARD, INDUSTRI PEMBUATAN PAYUNG KERTAS, BARANGAN PERAK, KAIN SUTERA THAI, PERUSAHAN MADU LEBAH DLL.
BILANGAN HARI: 5H/4M
-
TARIKH-TARIKH LAWATAN :
BULAN OKTOBER 2023
1.
29 OKT (AHAD) - 02 NOV (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2150/ORG SHJBULAN NOVEMBER 2023
1.
05 NOV (AHAD) - 09 NOV (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2150/ORG SHJ2.
18 NOV (SABTU) - 22 NOV (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2150/ORG SHJBULAN DISEMBER 2023
1.
02 DEC (SABTU) - 06 DEC (RABU), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2250/ORG SHJ2.
10 DEC (AHAD) - 14 DEC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2250/ORG SHJ3.
18 DEC (ISNIN) - 22 DEC (JUMAAT), PAKEJ 5H/4M- PAKEJ CUTI SEKOLAH - SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2550/ORG SHJ4.
24 DEC (AHAD) - 28 DEC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M- PAKEJ CUTI SEKOLAH - SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2580/ORG SHJBULAN JANUARI 2024
1.
04 JAN (KHAMIS) - 08 JAN (ISNIN), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM2150/ORG SHJ2. 14 JAN (AHAD) - 18 JAN (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2150/ORG SHJ
3. 21 JAN (AHAD) - 25 JAN (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2150/ORG SHJ
4. 27 JAN (SABTU) - 31 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2150/ORG SHJ
BULAN FEBRUARI 2024
1.
04 FEB (AHAD) - 08 FEB (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M- SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM2150/ORG SHJ2. 18 FEB (AHAD) - 22 FEB (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2350/ORG SHJ
3. 24 FEB (AHAD) - 28 FEB (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2350/ORG SHJ
BULAN MAC 2024
1. 03 MAC (AHAD) - 07 MAC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2350/ORG SHJ
NOTA : TUAN JUGA BOLEH PILIH TARIKH SENDIRI SELAIN DARI TARIKH DIATAS, TAPI MINIMUM KENA ADA 8 ORANG DEWASA JIKA PILIH
TARIKH SENDIRI
PERHATIAN : 1 RAMADHAN 2024 (BULAN PUASA) DIJANGKA JATUH PADA SELASA 12 MAC 2024, KAMI BERCUTI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, TIADA PAKEJ PELANCONGAN DIBUAT SEPANJANG BULAN PUASA INI.
-
- HARGA ALL-IN INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK & GROUND, KANAK-KANAK 10-12 TAHUN, DIKENAKAN HARGA DEWASA, UNTUK KANAK-KANAK 5-9 TAHUN, DISKAUN RM250/ORG DARI HARGA DEWASA INI, UNTUK KANAK-KANAK 4 TAHUN KEBAWAH, DIKENAKAN HARGA TIKET FLIGHT SHJ, HARGA GROUND PERCUMA. (HARGA SEBENAR BERGANTUNG KEPADA HARGA TIKET PENERBANGAN PADA TARIKH TERSEBUT).
-
- HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT BAGASI 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN DALAM PESAWAT PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN 3* UNTUK 4 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN VAN, TERMASUK TIKET NAIK BOT DI SG MEKONG MERENTASI 3 NEGARA, TIKET MASUK KE PERKAMPUNGAN SUKU KAREN LEHER PANJANG.
-
TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :
MELAWAT ROYAL GOLDEN FLORA DI TANAH TINGGI DOI TUNG, WAT PUTIH (WAT RONG KHUN), RENDAM KAKI DI HOTSPRINT SAN KHAMPANG, MELAWAT KE KAWASAN GOLDEN TRIANGLE, MENAIKI BOT DI SUNGAI MEKONG RENTAS 3 NEGARA, BANDAR CHIANG RAI, BANDAR MAE SAI, BANDARAYA CHIANG MAI, MELAWAT KAWASAN TANAMAN TEH CHOUI FONG, MELAWAT PERKAMPUNGAN SUKU KAREN LONG NECK, INDUSTRI PEMBUATAN PAYUNG KERTAS, BARANGAN PERAK, BENANG SUTERA DLL.
ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 5H/4M)
HARI 01 : KLIA2 - CHIANG MAI - RAJAPRUET ROYAL PARK - CHIANG RAI (MTH/MM)
Berkumpul di KLIA2 3 JAM sebelum waktu penerbangan. Perjalanan memakan masa selama 2 jam 45min. Bila tiba di Chiang Mai Airport, tuan-tuan akan disambut oleh wakil kami disana.. Kemudian tuan-tuan akan melawat ke Rajapruet Rayal Park Chiangmai, selepas itui tuan-tuan akan makan tengahari di restoran muslim tempatan & solat jamak Zohor & Asar di masjid Chiangmai. Selepas solat, meneruskan perjalanan dengan van ke Bandar Chiang Rai, jarak perjalanannya 190km, memakan masa sekitar 2jam 30mim - 3jam. Dalam perjalanan, tuan-tuan akan berhenti sebentar di Mae Krajang Hotsprint untuk merendam kaki & berehat sekejap, selepas itu meneruskan perjalanan ke Chiang Rai. Bila tiba di Bandar Chiang Rai, check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya tuan-tuan akan dibawa untuk makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas makan,, tuan-tuan boleh pergi bersiar-siar & melihat Chiang Rai Night Market yang berdekatan dengan hotel tuan ini
-
HARI 02 : CHIANG RAI - DOI TUNG - MAE SAI (SP/MTH/MM)
Check-out hotel, sarapan pagi di restoran, selepas sarapan kita akan melawat Wat Putih (Wat Rong Khun) , Wat yang sangat terkenal di Chiang Rai ini, kemudian meneruskan perjalanan ke ladang Teh Choui Fong, ladang teh seluas 500 ekar, iaitu ladang teh yg tercantik di Chiang Rai. Selepas ini kita akan bergerak ke Doi Tung, yang terletak di kawasan tanah tinggi, iaitu untuk melawat ke Royal Golden Flora, kawasan taman bunga yang indah. Selepas ini kita akan meneruskan perjalanan ke Bandar Mae Sai, bandar paling utara di Thailand, bersempadan dengan Myanmar. Bila tiba di Mae sai, singgah di restoran muslim tempatan untuk makan tengahari, kemudian solat Zohor & Asar Jamak. Selepas selesai solat, kita singgah shopping di bandar Mae Sai, melihat barangan yg dijual disini, seperti batu-batu permata, pakaian & buah-buahan. Selesai membeli belah, kita check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya keluar untuk makan malam.
-
HARI 03 : MAE SAI - GOLDEN TRIANGLE - LADANG LIMAU THANATHON ORCHARD - CHIANG MAI (SP/MTH/MM)
Check-out hotel, sarapan pagi di restoranl, selepas sarapan tuan-tuan akan bergerak dengan van ke Golden Triangle (Segitiga Emas), iaitu kawasan Sungai Mekong, dimana 3 Negara bertemu, iaitu Thailand, Laos & Myanmar. Dulu kawasan ini terkenal sebagai kawasan tanaman pokok bunga Poppy & pokok Ganja, tapi sekarang ini sudah tidak ada lagi. Kita akan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong ini untuk melihat kawasan pertemuan 3 negara., selepas itu kita akan kembali semula ke kawasan sebelah Thailand. Selepas ini kita akan menaiki van untuk menuju ke ladang tanaman limau & kopi Thanathon Orchard, ladang seluar 700 ekat, terletak di daerah Mae Ai, Chiang Mai, disini terdapat 10 varieti limau yg ditanam disini, ladang inii luas & cantik, merupakan tarikan pelancong yg utama.. Selepas ini kita akan singgah di Hinoki Land, suatu Perkampongan Jepun yg dibina di Chiang Mai, Pemandangan di Hinoki Land ini sangat cantik, berada di sini kita merasa kita seolah-olah berada di Negara Jepun. Lepas ini kita makan tengahari di Restoran Muslim berdekatan, lepas itu solat di masjid berhampiran. Selesai solat, kita akan bergerak menuju ke Chiang Mai, tiba di Chiangmaii, check-in hotel & rehat. Sebelah malamnya keluar untuk makan malam, lepas itu bersiar-siar di Chiang Mai Night Market yg sangat terkenal di Chiang Mai ini.
-
HARI 04 : CHIANG MAI - PUAK KAREN LONG NECK - INDUSTRI KAMPONG (SP/MTh/MM)
Selepas sarapan pagi di restoran, tuan-tuan akan ke Perkampongan Puak Karen Long Neck, disini kita dapat melihat kehidupan kaum asli Puak Karen Long Neck ini. Lepas itu dibawa untuk makan tengahari di restoran muslim, selesai makan,tuan-tuan akan dibawa ke masjid untuk solat Zohor & Asar jamak. Selepas solat, tuan-tuan akana melawat ke industri kampong seperti pembuatan payung kertas, penghasilan madu lebah, pembuatan barangan perak, penghasilan benang sutera dari ulat sutera & pembuatan pakaian dari sutera. Balik Hotel & Rehat, Sebelah Malam keluar Makan Malam, kemudian tuan-tuan boleh pergi ke Chiang Mai Night Market (Pilihan, Sendiri).
-
HARI 05 : CHIANG MAI - PASAR BUAH - KLIA2 (SP/MTH )
Check-out hotel, masukkan semua beg tuan-tuan dalam van, kemudian tuan-tuan akan singgah di Pasar Buah Chiang Mai untuk beli buah-buahan tempatan untuk dimakan atau dibawa balik.. Lepas itu tuan-tuan akan dibawa untuk makan tengahari di restoran muslim, selesai makan, tuan-tuan akan dibawa ke masjid dulu untuk solat Zohor & Asar jamak, selepas itu dibawa terus ke Airport Chiang Mai untuk penerbangan balik jam 3.10PM, tiba di KLIA2 jam 7.07PM, InsyaAllah.
HOTEL
1. CHIANG MAI : HOTEL GRAND ROMENA GRAND @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIk - 2 MALAM
2. CHIANG RAI : HOTEL PARK INN @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIK - 1 MALAM
3. MAE SAI : HOTEL GREEN VIEW PLACE @ SETARAF, HOTEL 3*, 2 ORANG SEBILIK - 1 MALAM
PENERBANGAN : AIRASIA
PERGI : AK 856 : KUL 6.55AM - 8.40AM CNX
BALIK : AK 857 : CNX 3.10PM - 7.05PM KUL
MAKANAN
- 3X SEHARI (SARAPAN PAGI DI HOTEL, MAKAN TENGAHARI & MAKAN MALAM DI RESTORAN MUSLIM)
- MAKANAN HALAL MASAKKAN ORANG ISLAM THAILAND
NOTA :
1. TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG 250 BAHT/ORG (RM33) - (UNTUK PAKEJ SELAMA 5 HARI)
2. TAKAFUL KEMBARA BERKELOMPOK DAH TERMASUK DALAM PAKEJ INI, TAK PERLU BAYAR LAGI
JIKA TUAN-TUAN BERMINAT UNTUK MELANCONG KE CHIANGMAI-CHIANGRAI INI, TUAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA HJ ROSSLE B. ALI 012-3276401 UNTUK PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN, ATAU BOLEH EMAIL KE rossle.ali@gmail.com
-
TEMPAT-TEMPAT MENARIK YG AKAN DILAWATI