BERADA DI DALAT SEOLAH-OLAH BERADA DI SEBUAH BANDAR DI PERANCIS....
LADANG TANAMAN BUNGA LAVENDER DI DALAT...
BUNGA SAKURA BERKEMBANG MEKAR DI DALAT ANTARA JANUARI HINGGA FEBRUARI SETIAP TAHUN...
LADANG TANAMAN BUNGA TULIP DI DALAT...
RED SAND DUNE (PADANG PASIR MERAH) DI MUI NE, TARIKAN UTAMA DI MUI NE...
SHOPPING TUDUNG & TELEKUNG DI HO CHI MINH, TARIKAN UTAMA PELANCONG MALAYSIA KE HO CHI MINH...

 

KEMBARA MUSLIM AL AZAM SDN BHD (1358291-H)

 

PELANCONGAN MUSLIM : DALAT - MUI NE - HO CHI MINH VIETNAM

.

NAMA PAKEJ : PAKEJ LAWATAN MUSLIM VIETNAM 2024 & 2025

NAMA NEGARA LAWATAN : VIETNAM - NHA TRANG, DALAT, MUI NE & HO CHI MINH

TEMPAT/BANDAR LAWATAN : BANDARAYA DALAT, MUI NE & BANDARAYA HO CHI MINH

BILANGAN HARI: 5H/4M

   

PENGENALAN

Dalat terletak di tanah tinggi "Central Highland Region" di bahagian Selatan Vietnam, Bandaraya Dalat berada pada ketinggian 1500m (4900 kaki) dari aras laut. Suhu di Dalat adalah sekitar 14-23 celsius sepanjang tahun, suhu yg sejuk & nyaman ini menjadikan Dalat sebagai kawasan tanaman bunga-bungaan & sayur-sayuran yg utama di Vietnam. Selain dari ini, Dalat juga terkenal sebagai kawasan pengeluar kopi & teh yg utama untuk negara Vietnam.

 

Bentuk mukabumi kawasan tanah tinggi Dalat ini sangat cantik & mempesonakan, selain mempunyai suhu yg sederhana sejuk sepanjang tahun, ianya dikelilingi oleh bukit-bukit & lembah-lembah yg memukau, punyai banyak air terjun yg cantik, tasik-tasik yg indah, dikelilingi oleh hutan-hutan pokok pain, rumput-rumput yg menghijau sepanjang tahun, taman-taman bunga yg indah, berwarna-warni & mempesonakan.

Suhu Dalat yg sederhana sejuk ini menjadikannya sesuai sebagai kawasan tanaman kopi, teh, strawberi & sayur-sayuran seperti kobis, kobis bunga, salad, kentang dll.

 

SEJARAH DALAT

Kawasan tanah tinggi Dalat ini mula di buka oleh penjajah Perancis pada tahun 1890an, asalnya sebagai tempat mereka berehat pada hujung minggu, sebab suhu disini sekitar 14-23 celsius, seperti musim bunga di negara mereka. Juga untuk mengelak cuaca yg panas terik di Ho Chi Minh & bahagian lain di Vietnam. Sekarang ini berada di Bandaraya Dalat ini seolah-olah kita berada di sebuah bandar di Perancis, sebab rekabentuk bangunan-bangunannya banyak tinggalan dari penjajah Perancis. Sebab itu Bandaraya Dalat ini mendapat jolokan sebagai "Little Paris".

Selain dari dikenali sebagai "Little Paris", Bandaraya Dalat ini juga dikenali sebagai "The City of Eternal Spring", sebab pemandangan & suhunya seperti berada di musim bunga sepanjang tahun.

Pada tahun 2017 Bandaraya Dalat telah dimasukkan dalam senarai "Asia Overlooked Tourist Destination" oleh CNN. Mulai awal 2019, Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai dikunjungi sekali di Vietnam, mengatasi Hanoi & Ho Chi Minh.

Pada akhir tahun 2018 restoran-restoran muslim sudah mula dibuka di Bandaraya Dalat ini. Ini memberikan kemudahan kepada pelancong yg beragama islam untuk berkunjung kesini. Restoran-restoran muslim ini juga menyediakan surau/tempat untuk solat, jadi memudahkan pelancong beragama islam untuk mengerjakan solat selepas makan tengahari.

Pada tahun 2019, Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai sekali di kunjungi oleh rakyat Malaysia, terutamanya yg beragama islam.

   

BULAN SEPTEMBER 2024

1. 07 SEPT (SABTU) - 11 SEPT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM2050/ORG SHJ

2. 21 SEPT (SABTU) - 25 SEPT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH- CUMA RM2050/ORG SHJ

   

BULAN OKTOBER 2024

1. 12 OKT (SABTU) - 16 OKT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM2050/ORG SHJ

2. 19 OKT (SABTU) - 23 OKT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM2050/ORG SHJ

   

BULAN NOVEMBER 2024

1. 09 NOV (SABTU) - 13 NOV (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2050/ORG SHJ

2. 16 NOV (SABTU) - 20 NOV (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2050/ORG SHJ

   

BULAN DISEMBER 2024

1. 07 DEC (SABTU) - 11 DEC (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2150/ORG SHJ

2. 14 DEC (SABTU) - 18 DEC (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2150/ORG SHJ

   

BULAN JANUARI 2025

1. 04 JAN (SABTU) - 08 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2050/ORG SHJ

2. 20 JAN (ISNIN) - 24 JAN (JUMAAT), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2250/ORG SHJ

   

BULAN FEBRUARI 2025

1. 08 FEB (SABTU) - 12 FEB (RABU), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2350/ORG SHJ

2. 15 FEB (SABTU) - 19 FEB (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2050/ORG SHJ

3. 22 FEB (SABTU) - 26 FEB (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM2050/ORG SHJ

   

NOTA : TUAN-TUAN JUGA BOLEH PILIH TARIKH SENDIRI, TAPI MINIMUM KENA ADA 6 ORANG PESERTA JIKA PILIH TARIKH SENDIRI

 

PERHATIAN : BULAN RAMADHAN 2025 DIJANGKA BERMULA DARI 02 MAC - 31 MAC 2025, SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI KAMI BERCUTI, JADI TIADA PAKEJ PELANCONGAN KAMI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2025 INI.
   
   
HARGA PAKEJ :
  • PAKEJ ALL-IN :

    UNTUK PAKEJ ALL-IN 5H/4M (BUKAN CUTI SEKOLAH), HARGANYA RM2050/ORG (DEWASA), UNTUK PAKEJ CUTI SEKOLAH & CUTI UMUM, HARGANYA RM2250-RM2350/ORG (DEWASA), KANAK-KANAK 10-12 TAHUN DIKIRA HARGA DEWASA, KANAK-KANAK (5TH-9TH) DISKAUN RM 250/ORG DARI DEWASA.

       

    - HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT BAGASI 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN DALAM PESAWAT PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN UNTUK 4 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN BAS/VAN, TIKET MASUK SEMUA TEMPAT SEPERTI DALAM ITINERARY.

  • TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :

    MELAWAT KE VAN THANH GARDEN, MONGO LAND DALAT, DATANLA WATERFALL, NAIK ROLLER COASTER DI DATANLA,, STESEN KERETAPI LAMA DALAT, ROBIN HILL, NAIK CABLE CAR DI ROBIN HILL, TUYEN LAM LAKE, DALAT NIGHT MARKET, NAIK JEEP DI PADANG PASIR MUI NE, SHOPPING TUDUNG, TELEKONG DLL DI SARAH WHOLESALE, DANNY & LINDA WHOLESALE HO CHI MINH, SHOPPING DI CHINATOWN HO CHI MINH, BEN THANT MARKET HO CHI MINH.

    .

    ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 5H/4M)

    HARI 01 : KLIA2 - NHA TRANG - DALAT (MTH/MM)

    Berkumpul di KLIA2 3 JAM sebelum waktu penerbangan. Perjalanan memakan masa selama 2 jam 25min. Setibanya tuan-tuan di Cam Ranh International Airport di Nha Trang, tuan/puan akan disambut oleh wakil kami disana. Tuan-tuan akan dibawa makan tengahari dulu di restoran muslim di Nha Trang, kemudian solat di restoran ini. Lepas solat tuan-tuan akan meneruskan perjalanan ke Dalat, jarak perjalanan 135km, memakan masa dalam 3 jam. Dalam perjalanan tuan-tuan akan singgah di R&R untuk pergi bilik air & rehat. Bila tiba Dalat, check-in hotel & rehat. Kemudian keluar makan malam di restoran muslim. Lepas makan malam tuan/puan akan ke pasar malam Dalat. Kemudian balik hotel & rehat.

    .

    HARI 02 : DALAT CITY TOURS & DALAT HIGHLAND TOURS (SP/MTH/MM)

    Selepas sarapan pagi di restoran, tuan-tuan akan melawat ke Mongo Land, selepas itu ke Van Thanh Garden, iaitu ladang tanaman bunga-bungaan perbagai jenis & perbagai warna, menjadikan kawasan ini penuh dengan bunga-bunga yg berwarna-warni. Selain dari bunga-bungaan, di Van Thanh juga terdapat tanamam sayuran perbagai jenis & perbagai warna. Kemudian tuan-tuan akan melawat ke Robin Hill, di sini tuan-tuan akan menaiki Cable Car, jarak perjalanan dengan cable car ini sepanjang 4km, tuan-tuan akan sampai di Truc Lam Pagoda & Tuyen Lam Lake, iaitu tasik seluas 320 hektar, iaitu tasik buatan manusia, ia adalah tasik terbesar & tercantik di Dalat.

  • Makan tengahari di restoran muslim tempatan, lepas makan tengahari tuan-tuan akan dibawa melawat ke Datanla Waterfall, salah satu air terjun yg terkenal di Dalat (disini kita akan menaiki alpine roller coaster). Kemudian tuan-tuan akan melawat ke Stesen Keretapi Lama Dalat. Lepas ini balik hotel, solat & rehat. Sebelah malam keluar untuk makan malam di restoran muslim berdekatan, kemudian bersiar-siar di Pasar Malam Dalat. Kemudian balik hotel & rehat..

  • HARI 03 : DALAT - MUI NE (SP/MTH/MM)

    Jam 7.00am check-out hotel, kemudian ke restoran muslim untuk sarapan pagi selepas sarapan pagi tuan/puan akan singgah di Amie Dalat untuk shopping pakaian muslimah,, kemudian bergerak menuju ke Mui Ne, jarak perjalanan 153km, memakan masa sekitar 3 jam 20min. Bila tiba di Mui Ne, tuan-tuan akan ke Wihite Sand Dune, di White Sand Dune tuan/puan akan menaiki jeep untuk tours di padang pasir & bergambar. Selepas itu tuan/puan akan makan tengahari di restoran muslim Mui Ne. Lepas itu check-in hotel@resort & rehat. Sebelah malam keluar untuk makan malam di restoran muslim tempatan.

    .

    HARI 04 : MUI NE - HO CHI MINH - SHOPPINGS (SP/MTH/MM)

    Check-out hotel jam 8.00am, selepas itu bergerak balik ke Ho Chi Minh, jarak perjalanan 220km, memakan masa sekitar 3-4 jam perjalanan. Bila tiba Ho Chi Minh, makan tengahar & solat,, tuan-tuan akan dibawa ke gedung pakaian wholesale yang menjual pakaian muslimah seperti tudung, telekong, baju kurung, jubah, kain ela dll di Sarah Wholesale, Danny & Linda, May Collection dll

     

    Kemudian check-in hotel & rehat, Jam 7.00pm tuan-tuan akan keluar untuk makan malam di restoran muslim berdekatan. Lepas makan malam tuan-tuan boleh jalan-jalan di kedai-kedai berdekatan hotel, kemudian balik hotel & rehat.

     

    HARI 05 : HO CHI MINH - KLIA1/KLIA2 (SP/ /)

    Jam 7.00am tuan-tuan akan sarapan pagi di restoran muslim berdekatan. Lepas sarapan pagi aturcara bebas, tuan-tuan boleh kemas barang-barang untuk check-out atau boleh jalan-jalan ke Ben Thanh Market. Kemudian check-out hotel, kemudian tuan-tuan akan dibawa ke Airport Tan Son Nhat untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA2 2jam 10min kemudian, Insyaallah.

       

    HOTEL

    HOTEL 3* (2 MALAM DI DALAT, 1 MALAM DI MUI NE, 1 MALAM DI HO CHI MINH) - 2@3 ORANG SEBILIK

    MAKANAN

    - 3 X SEHARI (SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM) - HARI KE-5 (TERAKHIR) SARAPAN PAGI SHJ.

    - DI DALAT : RESTORAN MUSLIM DALAT : DI HO CHI MINH: RESTORAN MUSLIM HO CHI MINH

    HARGA PAKEJ :

    RM RM2050/ORG (BUKAN CUTI SEKOLAH), RM 2250-RM2350/ORG (CUTI SEKOLAH & CUTI UMUM) : PAKEJ ALL-IN (TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BAGASI CHECK-IN 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN ATAS FLIGHT & PAKEJ GROUND)

       

    NOTA :

    PAKEJ TERMASUK :

    1. TIKET PENERBANGAN PERGI & BALIK (KUL - CXR/SGN - KUL)

    2. ADA BAGASI CHECK-IN 20KG PERGI & BALIK

    3. ADA MAKAN ATAS FLIGHT PERGI & BALIK

    4. TRANSPORT VAN@COASTER@BAS (BERGANTUNG KPD BILANGAN PESERTA)

    5. HOTEL PENGINAPAN (3*) UNTUK 4 MALAM (2 MALAM DALAT, 1 MALAM MUI NE, 1 MALAM HO CHI MINH)

    6. MAKAN 4X SARAPAN PAGI, 4X LUNCH, 4X DINNER - SEMUA DI RESTORAN MUSLIM

    7. TOUR GUIDE YANG FASIH BERBAHASA MELAYU

    8. TAKAFUL KEMBARA IKHLAS BERKELOMPOK (UNTUK MEREKA YG UMUR 70TH KEBAWAH SHJ).

       

    PAKEJ TAK TERMASUK :

    1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG & DREBAR (150K DONG@RM30/ORG UNTUK 5 HARI)

    2. MINUMAN SPT KOPI, TEH, JUS BUAH-BUAHAN DLL

  • JIKA TUAN-TUAN BERMINAT UNTUK MELANCONG KE DALAT-MUI NE-HO CHI MINH INI, TUAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA HJ ROSSLE B. ALI 012-3276401 UNTUK PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN, ATAU BOLEH EMAIL KE rossle.ali@gmail.com.

  • .
  •  
    FOTO-FOTO PESERTA TRIP TERDAHULU