KEMBARA MUSLIM AL AZAM SDN BHD (1358291-H)
PELANCONGAN MUSLIM : DALAT - MUI NE - HO CHI MINH VIETNAM
.
NAMA PAKEJ : PAKEJ LAWATAN MUSLIM VIETNAM 2026 & 2027
NAMA NEGARA LAWATAN : VIETNAM
TEMPAT/BANDAR LAWATAN : BANDARAYA DALAT, MUI NE, MY THO & BANDARAYA HO CHI MINH
BILANGAN HARI: 5H/4M
PENGENALAN
Dalat terletak di tanah tinggi "Central Highland Region" di bahagian Selatan Vietnam, Bandaraya Dalat berada pada ketinggian 1500m (4900 kaki) dari aras laut. Suhu di Dalat adalah sekitar 14-23 celsius sepanjang tahun, suhu yg sejuk & nyaman ini menjadikan Dalat sebagai kawasan tanaman bunga-bungaan & sayur-sayuran yg utama di Vietnam. Selain dari ini, Dalat juga terkenal sebagai kawasan pengeluar kopi & teh yg utama untuk negara Vietnam.
Bentuk mukabumi kawasan tanah tinggi Dalat ini sangat cantik & mempesonakan, selain mempunyai suhu yg sederhana sejuk sepanjang tahun, ianya dikelilingi oleh bukit-bukit & lembah-lembah yg memukau, punyai banyak air terjun yg cantik, tasik-tasik yg indah, dikelilingi oleh hutan-hutan pokok pain, rumput-rumput yg menghijau sepanjang tahun, taman-taman bunga yg indah, berwarna-warni & mempesonakan.
Suhu Dalat yg sederhana sejuk ini menjadikannya sesuai sebagai kawasan tanaman kopi, teh, strawberi, avokado, persimmon (pisang kaki), limau & sayur-sayuran seperti kobis, kobis bunga, salad, kentang dll.
SEJARAH DALAT
Kawasan tanah tinggi Dalat ini mula di buka oleh penjajah Perancis pada tahun 1890an, asalnya sebagai tempat mereka berehat pada hujung minggu, sebab suhu disini sekitar 14-23 celsius, seperti musim bunga di negara mereka, juga untuk mengelak cuaca yg panas terik di Ho Chi Minh & bahagian lain di Vietnam. Jika kita berada di Bandaraya Dalat ini, kita seolah-olah seperti berada di sebuah bandar di Perancis, sebab rekabentuk bangunan-bangunannya banyak tinggalan dari penjajah Perancis. Sebab itu Bandaraya Dalat ini mendapat jolokan sebagai "Little Paris".
Selain dari dikenali sebagai "Little Paris", Bandaraya Dalat ini juga dikenali sebagai "The City of Eternal Spring", sebab pemandangan & suhunya seperti berada di musim bunga sepanjang tahun.
Pada tahun 2017 Bandaraya Dalat telah dimasukkan dalam senarai "Asia Overlooked Tourist Destination" oleh CNN. Mulai awal 2019, Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai dikunjungi sekali di Vietnam, mengatasi Hanoi & Ho Chi Minh.
Pada akhir tahun 2018 restoran-restoran muslim sudah mula dibuka di Bandaraya Dalat ini. Ini memberikan kemudahan kepada pelancong yg beragama islam untuk berkunjung kesini. Restoran-restoran muslim ini juga menyediakan surau/tempat untuk solat, jadi memudahkan pelancong beragama islam untuk mengerjakan solat selepas makan tengahari.
Sekarang ini Dalat merupakan destinasi pelancongan yg paling terkenal & paling ramai sekali di kunjungi oleh rakyat Malaysia, terutamanya yg beragama islam.
TARIKH-TARIKH LAWATAN
1. 12 SEPT (SABTU) - 16 SEPT (RABU), PAKEJ 5H/4M - CUTI HARI MALAYSIA - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM 2280/ORG SHJ
2. 26 SEPT (SABTU) - 30 SEPT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM 2180/ORG SHJ
BULAN OKTOBER 2026
1. 03 OKT (SABTU) - 07 OKT (RABU), PAKEJ 5H/4M - SUDAH DITUTUP/PENUH - CUMA RM 2180/ORG SHJ
2. 17 OKT (SABTU) - 21 OKT (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA- CUMA RM 2180/ORG SHJ
BULAN NOVEMBER 2026
1. 07 NOV (SABTU) - 11 NOV (RABU), PAKEJ 5H/4M - CUTI DEEPAVALI - MASIH LAGI DIBUKA- CUMA RM 2380/ORG SHJ
2. 14 NOV (SABTU) - 18 NOV (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
3..28 NOV (SABTU) - 02 DEC (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
BULAN DISEMBER 2026
1. 06 DEC (AHAD) - 10 DEC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2380/ORG SHJ
2. 13 DEC (AHAD) - 17 DEC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2380/ORG SHJ
3. 27 DEC (AHAD) - 31 DEC (KHAMIS), PAKEJ 5H/4M - PAKEJ CUTI SEKOLAH - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2450/ORG SHJ
BULAN JANUARI 2027
1. 02 JAN (SABTU) - 06 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
2 .09 JAN (SABTU) - 13 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
3. 16 JAN (SABTU) - 20 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
4 .23 JAN (SABTU) - 27 JAN (RABU), PAKEJ 5H/4M - MASIH LAGI DIBUKA - CUMA RM 2180/ORG SHJ
NOTA :
TUAN-TUAN JUGA BOLEH PILIH TARIKH SENDIRI, TAPI MINIMUM KENA ADA 6 ORANG PESERTA JIKA PILIH TARIKH SENDIRI
-
PAKEJ ALL-IN :
UNTUK PAKEJ ALL-IN 5H/4M (BUKAN CUTI SEKOLAH), HARGANYA RM2180-RM2280/ORG (DEWASA), UNTUK PAKEJ CUTI SEKOLAH & CUTI UMUM, HARGANYA RM2380-RM2480/ORG (DEWASA), KANAK-KANAK 10-12 TAHUN DIKIRA HARGA DEWASA, KANAK-KANAK (5TH-9TH) DISKAUN RM 150/ORG DARI DEWASA.
HARGA INI TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BERAT BAGASI 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN DALAM PESAWAT PERGI-BALIK, HOTEL PENGINAPAN UNTUK 4 MALAM, MAKAN 3X SEHARI, PENGANGKUTAN BAS/VAN, TIKET MASUK SEMUA TEMPAT SEPERTI DALAM ITINERARY.
-
TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG AKAN DILAWATI :
MELAWAT KE DALAT FLOWER PARK, VAN THANH GARDEN, MONGO LAND DALAT, DATANLA WATERFALL, NAIK ROLLER COASTER DI DATANLA WATERFALL, STESEN KERETAPI LAMA DALAT, NAIK CABLE CAR DI ROBIN HILL, DALAT NIGHT MARKET, NAIK JEEP DI PADANG PASIR PUTIH (WHITE SAND DUNE) MUI NE, SHOPPING TUDUNG, TELEKONG DLL DI AMIE DALAT & SARAH WHOLESALE HO CHI MINH, NAIK BOT BESAR & SAMPAN DI MEKONG DELTA, NAIK KERETA KUDA DI PULAU DRAGON, SHOPPING DI BEN THANT MARKET HO CHI MINH DLL.
.
ATURCARA LAWATAN (PAKEJ 5H/4M)
HARI 01 : KLIA2 - DALAT - DALAT FLOWER PARK - PASAR MALAM (MTH/MM)
Berkumpul di KLIA2 3 JAM sebelum waktu penerbangan. Penerbangan dari KLIA2 ke Dalat akan masa selama 2 jam 10min. Setibanya tuan/puan di airport Lien Khuong Dalat, tuan/puan akan disambut oleh wakil kami disana. Kemudian tuan/puan akan dibawa ke Bandar Dalat untuk makan tengahari di restoran muslim, kemudian tuan/puan akan melawat ke Dalat Flower Park.. Selesai melawat Dalat Flower Park, tuan/puan akan check-in hotel, solat & rehat. Jam 7.00pm keluar makan malam di restoran muslim. Lepas makan malam tuan/puan akan ke Pasar Malam Dalat. Kemudian balik hotel & rehat.
.
HARI 02 : DALAT CITY TOURS & DALAT HIGHLAND TOURS - SHOPPING (SP/MTH/MM)
Selepas sarapan pagi di restoran muslim, tuan/puan akan melawat ke Mongo Land, Di Mongo Land terdapat Rainbow Slide, khemah-khemah, juga haiwan-haiwan seperti Unta, Baka-baka kambing yg comel dan lain-lain haiwan, suasananya seperti berada di Mongolia. Selepas itu tuan/puan akan ke Van Thanh Garden, iaitu ladang tanaman bunga-bungaan perbagai jenis & perbagai warna, menjadikan kawasan ini penuh dengan bunga-bunga yg berwarna-warni. Selain dari bunga-bungaan, di Van Thanh Garden juga terdapat tanamam sayuran perbagai jenis & perbagai warna. Kemudian tuan-tuan akan melawat ke Robin Hill, di sini tuan/puan akan menaiki Cable Car, jarak perjalanan dengan cable car ini sepanjang 4km, tuan/puan akan sampai di Truc Lam Pagoda & Tuyen Lam Lake, iaitu tasik seluas 320 hektar, iaitu tasik buatan manusia, ia adalah tasik terbesar & tercantik di Dalat.
-
Kemudian tuan/puan akan dibawa melawat ke Datanla Waterfall, salah satu air terjun yg terkenal di Dalat ini (disini kita akan naik alpine roller coaster). Kemudian makan tengahari di restoran muslim. Selepas makan tengahari, tuan/puan akan shopping di kedai pakaian muslimah (tudung, telekung dll) di Amie Dalat, kedai pakaian muslimah yg terkenal di Dalat ini. Di Amie Dalat ini ada disediakan surau, jadi tuan/puan boleh solat di surau di Amie Dalat ini. Lepas shopping di Amie Dalat, tuan/puan akan balik ke hotel & rehat. Sebelah malam pula tuan/puan akan keluar untuk makan malam di restoran muslim,selesai makan malam, balik ke hotel & rehat.
-
HARI 03 : DALAT - MUI NE - HO CHI MINH (SP/MTH/MM)
Jam 7.00am check-out hotel, kemudian ke restoran muslim untuk sarapan pagi selepas sarapan pagi tuan/puan akan singgah sebentar di kedai Mai Quynh grocery store untuk merasai minuman teh yg dicampur dangan madu dari pokok longan, disini juga tuan/puan boleh merasai berjenis-jenis buah-buahan jeruk yg terdapat disini. Di kedai ini juga ada menjual berjenis-jenis biji kopi yg berkualiti tinggi seperti biji kopi Arabica, Robusta, Luwak dll. Selepas ini tuan/puan akan bergerak menuju ke Mui Ne, jarak perjalanan 153km, memakan masa sekitar 3 jam 20min. Bila tiba di Mui Ne, tuan-tuan akan ke White Sand Dune, di White Sand Dune tuan/puan akan menaiki jeep untuk tours di padang pasir ini & juga bergambar. Selepas itu tuan/puan akan makan tengahari di restoran muslim Mui Ne. Kemudian solat di Masjid Besar Mui Ne. Selesai solat, bergerak ke Ho Chi Minh, jarak perjalanan 220km, memakan masa dalam 3 jam 30 mim hingga 4 jam. Bila tiba di Ho Chi Minh, check-in hotel & rehat. Kemudian makan malam di restoran muslm. Lepas makan malam, aturcara bebas (boleh bersiar-siar di kedai-kedai berdekatan dengan hotel dll), kemudian balik hotel & rehat.
.
HARI 04 : HO CHI MINH - MEKONG DELTA - SHOPPINGS (SP/MTH/MM)
Sarapan pagi di restoran muslim, bergerak ke My Tho, jarak perjalanan 85km, memakan masa sekitar 2 jam perjalanan. Bila tiba di My Tho, naik bot besar untuk merentas Sg Mekong ke Pulau Dragon, tiba Pulau Dragon, merasai gula-gula Candy yg diperbuat dari santan kelapa, kemudian melawat penternakan lebah madu, merasai buah-buahan yg ditanam di pulau ini, minum teh yg dicampur dengan madu dari pokok longan, dihiburkan oleh lagu-lagu rakyat Vietnam, naik kuda mengelilingi pulau ini, naik sampan menyusuri hutan-hutan pokok nipah, kemudian naik bot besar untuk kembali semula ke Bandar My Tho, kemudian makan tengahari di restoran muslim & solat di masjid My Tho. Selesai solat, tuan/puan akan bergerak balik ke Ho Chi Minh. Tiba Ho Chi Minh, tuan/puan akan shopping di Gudang Pakaian@Chinatown. Kemudian balik hotel & rehat. Keluar makan malam di restoran muslim, aturcara bebas.
HARI 05 : HO CHI MINH - KLIA1/KLIA2 (SP/ /)
Jam 7.00-7.30am tuan/puan akan sarapan pagi di restoran muslim berdekatan. Lepas sarapan pagi aturcara bebas (boleh shopping di Ben Thant Market dll), kemudian tuan/pan boleh kemas barang-barang untuk check-out hotel. Kemudian tuan/puan akan dibawa ke Airport Tan Son Nhat untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA1@KLIA2 2jam 10min kemudian, Insyaallah.
HOTEL
HOTEL 3* (2 MALAM DI DALAT, 2 MALAM DI HO CHI MINH) - 2@3 ORANG SEBILIK
MAKANAN
3X SEHARI (SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM) - HARI KE-5 (TERAKHIR) SARAPAN PAGI SHJ.
DI DALAT : RESTORAN MUSLIM DALAT, DI MUI NE : RESTORAN MUSLIM MUI NE, DI HO CHI MINH: RESTORAN MUSLIM HO CHI MINH
HARGA PAKEJ :
RM RM2180-RM2280/ORG (BUKAN CUTI SEKOLAH), RM2380-RM2480/ORG (CUTI SEKOLAH & CUTI UMUM) : PAKEJ ALL-IN (TERMASUK TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK, BAGASI CHECK-IN 20KG PERGI-BALIK, ADA MAKAN ATAS FLIGHT & PAKEJ GROUND)
PAKEJ TERMASUK :
1. TIKET PENERBANGAN PERGI & BALIK (KUL - DALAT (DLI) / SGN - KUL)
2. ADA BAGASI CHECK-IN 20KG PERGI & BALIK (DEWASA SHJ)3. ADA MAKAN ATAS FLIGHT PERGI & BALIK (DEWASA & KANAK2)
4. TRANSPORT VAN @COASTER @BAS (BERGANTUNG KPD BILANGAN PESERTA)
5. HOTEL PENGINAPAN (3*) UNTUK 4 MALAM (2 MALAM DALAT, 2 MALAM HO CHI MINH)
6. MAKAN 4X SARAPAN PAGI, 4X LUNCH, 4X DINNER - SEMUA DI RESTORAN MUSLIM7. TOUR GUIDE BERAGAMA ISLAM YANG FASIH BERBAHASA MELAYU
8. TAKAFUL KEMBARA IKHLAS BERKELOMPOK (UNTUK MEREKA YG UMUR 75TH KEBAWAH SHJ).
PAKEJ TAK TERMASUK :
1. BAYARAN TIPS UNTUK PEMANDU PELANCONG & DREBAR (200K DONG @RM30/ORG UNTUK 5 HARI)2. MINUMAN LAIN DI LUAR SET MENU SEPERTI KOPI, TEH, JUS BUAH-BUAHAN DLL
-
JIKA TUAN-TUAN BERMINAT UNTUK MELANCONG KE DALAT-MUI NE-HO CHI MINH INI, TUAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA HJ ROSSLE B. ALI 012-3276401 UNTUK PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN, ATAU BOLEH E-MAIL KE rossle.ali@gmail.com.
- .
-
FOTO-FOTO PESERTA TRIP TERDAHULU





